THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 2, 2015

Untuk ingatan diri sendiri.. Nak bace pun boley je

Assalamualaykum...

mlm ni terjmpa video yg mane Neelofa menceritakan bagaimana dia mula bertudung.. walaupun da agak lame, tp tetap membuat aku kagum...bkn kagum kerana dia berubah, tp kagum dgn perancangan Allah..

Teringat mcm mane Dia melindungi aku dr kemalangan... citer ni da lama, masa belajar lg di UiTM...
Sahabat baik aku zaman belajar dahulu..walaupun arwah adalah senior aku,kitorng memang rapat.. Nakal tu memangla..students, muda lg.. banyk dosa aku da buat sbenarnya..aku slalu berpesan kpd dia,jika nak balik kampung, bgtahu la...mau jugak follow..

Satu mlm, dia balik kampung tp x bgtahu aku... dlm perjalanan dia, sempat jugak dia hantar pesanan kt aku.. katanya x sempat nk pergi ambil aku, ada kecemasan..nk cepat.. aku x amik kisah sgt...

Tapi perancangan Allah itu tidak dijangka dan lebih baik... Mlm tu aku dikhabarkan yg kawan aku kemalangan.. mulanya aku ingtkan kemalangan biasa. Bila aku call, Inspektor yg jawab katanya kawanku di hospital sekarang.. Aku bertanya keadaannya, dan Inspektor tu menjawab yg dia da meninggal... Agak terkejut dan sedih sbenarnya.. tp aku lg sedih bila sedar yg Allah da menyelamatkan aku..memberi aku peluang utk bertaubat.. dgn dosa2 yg aku da buat..

Mula berubah, tp xdala ketara sgt.. aku masih bkn manusia yg baik, namun cuba utk mendapat hidayah dr Dia... berbuat salah dan dosa tu mesti,sbb tiada manusia yg terlepas dari melakukannya..
Alangkah indahnya jika diberi hidayah oleh Dia... Sungguh, aku tidak layak kesyurga, namun aku tidak sesekali mahu ke neraka...

Moga arwah berada disisi Penciptanya dan diampunkan dosanya....

0 comments: