THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, June 6, 2011

BegiNikaH niLainYa...

>  Berapa ramai yang sanggup menyuapkan
> ibunya....
> berapa ramai yang sanggup mencuci muntah
> ibunya.....
> berapa ramai yang sanggup mengantikan
> lampin ibunya....
> berapa ramai yang sanggup membersihkan
> najis ibunya.......
> berapa ramai yang sanggup membuang ulat
> dan membersihkan luka kudis ibunya....
> berapa ramai yang sanggup berhenti kerja
> untuk menjaga ibunya.....
> dan akhir sekali  berapa ramai yang
> sembahyang JENAZAH ibunya......
> Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
> sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
> sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
> mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan
> oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
> 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
> 2) Tolong jaga adik : RM4.00
> 3) Tolong buang sampah : RM1.00
> 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
> 5) Tolong siram bunga : RM3.00
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
> Jumlah : RM17.00

> Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang
> si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
> mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas
> yang sama.

> 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
> PERCUMA
> 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu
> -PERCUMA
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

> Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
> dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya
> dan berkata,
> "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
> "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama
> ditulisnya.

0 comments: