THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 23, 2011

10 SebaB keNape anDa geMuK....

As Salam....hoho..benda baru ni..disini aq nak berkongsi 10 sbb kenape anda GemUk....(mgkn termasuk  aq skali...hahaha)...benda nie aq dpt dr sebuah artikel iluvislam...hoho...agak bagus jugak la die bgtahu benda nie....Antaranya:


Sebab ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepadaanti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.
Sebab ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisoldidalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.


Sebab ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.
Sebab ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
Sebab ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.
Sebab ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
Sebab ke-4
Label 'Rendah Lemak'
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.
Sebab ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.
Sebab ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Sebab yg Utama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atauMcDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
Jadi...sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!
p/s::kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk..so,mkn la banyak2...

Thursday, May 19, 2011

Kisah 3 Orang Pemuda Yang Jahil Agama

Assalamualaikum… begini ceritanya,
Di sebuah kampung, ada 3 org remaja yg suka melepak. sorang nama Ali, sorang nama Budin, sorang lagi nama Ciko. Aktiviti seharian 3 pemuda yang suka melepak x kira masa menyebabkan tok imam datang ke tempat mereka lepak dgn niat hendak tarbiah 3 pemuda ini.
Maka, ketika itu berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok Imam mencabar mangkuk hayun 3 ekor tu berjemaah ke surau bila masuk waktu maghrib nanti.
Si Ali pun berkata ”Tok imam ingt kami ni jahil sngt ker? x per,, nanti kami kami buktikan yg kami ni x sejahil yang disangka.”
maka, apabila masuk waktu maghrib, pergilah 3 ekor mangkuk hayun tu ke surau.
Tok Imam pun suruh Ali azan. tanpa berlengah, Ali terus luangkan azan sekua hati: ”Allah Taala… Allah Taala…”
Segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan suruh tok bilal azan semula. Tok imam bengang. Ali jahil, x pandai azan.
Selepas iqamat, masa hendak sembahyang, tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun 1 hal, angkat skali x kusyuk, angkat 2 kali pun x kusyuk juga.
Masuk kali ke3, Budin panggil tok imam: “Tok! Tok! Duduk kat blakang. Biar saya jadi imam.!”
Tok imam pun undur setapak ke blakang. Budin pun maju setapak ke depan lalu mengangkat takbiratul ihram: “Allahu Akbar!”
Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 Budin pusing blakang sambil berkata: “Aaaaa, tengok! Sekali jer tok!!”

Batallah solat Budin. Yg lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak2 kerana solat sudah terbatal. Tok imam pun minx plak Ciko jadi imam, Ciko pon trus ke depan jadi imam solat maghrib. bemula dari takbir sampai tahiyat terakhir. siap dgn wirid2nya sekali, selepas sembahyang. Tok imam yg tgok punyalah respek dgn Ciko ni..
Lepas solat, tok imam x habis2 puji si Ciko. Bagi tok imam, Ciko layak menjadi contoh kpd anak2 muda di kampaung tersebut. Selepas mendengar pujian tok imam, Ciko menjadi bongkak! dgn penuh bangga Ciko kata: “Hehehehe, itu blom saya ambik wuduk lagi tok! kalo da ambik wuduk,,,, lagi dasyat tok saya sembahyang!”
Tok imam terkedu.. “jadi,, tadi kamu sembahyang x ambik wuduk ??” soal ntok imam.
Apa lagi.. selepas tu teryk 3 ekor mangkuk hanyun tu kena tarbiah ngan tok imam. Akhirnya ketiga2 anak muda tersebut insaf dan mula belajar agama ngan tok imam.
NOTA: Kisah kelakar begini bukan ditulis untuk ketawa semata2. baca kisah tersebut dari segi positif. jgn sesekali memandang ringan hal2 agama.
(kisah tersebut hanya rekaan semata-mata)